Followers

Saturday, March 11, 2017

DONUT

Resepi ni mudah dan lembut sampai ke petang , insyaallah ....
CA tak ingat kat mana ambik resepi ni. Terima kasih pada tuan empunya . Berpanjangan pahala utk beliau...
CA uli guna bread maker. Tapi yg guna tangan sama ja stepnya .

Bahan A

250g tepung gandum
6g mauripan
2 sudu besar gula
Sedikit garam

Bahan B
125 ml ... air + telur sebiji

Bahan c
30g marjerin ( CA guna pelangi ja )

Step .
Masuk bahan B , masuk bahan A . Uli sampai sebati. Masukkan bahan c. Uli sampai sebati dan lembut.
Biarkan 30 minit.
Terapkan dengan acuan . Biarkan sekejab dlm 10 minit.
Boleh digoreng ...

Boleh gaul dengan gula aising atau toping apa2 aja ... CA drizzle  ngan nutella. Habis sebotol dikerjakan dek anak2 kat rumah tu.....
Makan donut ka ..ratah nutella ... wallahuaklam ....

Saturday, March 4, 2017

Apa yg pelik

Sampai hati Ashraff .... nak ikut mama punya pasal . Bedal selipar jamban baba ...

Wednesday, March 1, 2017

MSSD ZON SIK

Pertama kali Aisyah join perbarisan. Kali ni mewakili sek. Asyik terlepas ke belakang saja heheheheh ....

Satu pengalaman baru bila berpindah ke sini. Walaupun environment  dia banyak berbeza dari sekolah dahulu. Sekolah bandar dengan sekolah luar bandar. Semangat lain .. di sini padang sekolah ... mak aihhh ... seluas mata memandang . Letih juga ... nak sampai ....

Monday, August 1, 2016

Wednesday, June 15, 2016

ARIFF & FAIZ AMIR

Cuti pertengahan penggal ... Faiz tinggal dengan kami sekejab .. sebab tahun 6 ada kelas tambahan . Ummi tak larat nak ulang alik dari Baling .
Petang ... lepas kelas ... singgah minum di warung cendawan .